Tuesday 26 April 2011

Sedihnye!

tengok ramai budak sekolah dulu bukak aurat secara terang-terangan..
kita marah kalau ada yang menyentuh badan kita dengan sengaja.
kita marah jika mata-mata lelaki memandang nakal akan tubuh kita.
tapi pernah tak kita berfikir,
pemakaian kita yang sengaja mendedahkan aurat sama saja dengan membiarkan lelaki menyentuh badan kita dengan sengaja?
mata-mata lelaki memandang nakal pada tubuh kita adalah kerana kita yang sengaja mendedahkannya. Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.



apa erti cantik jika semua yang dianugerahkan Allah ditayangkan secara percuma.
kerana cinta dunia yang sementara, kita sanggup menanggung seksa akhirat.
jangan tunggu nyawa di hujung kerongkong baru terkial-kial bertaubat.
selagi diri punya kekuatan beribadahlah..


No comments:

Post a Comment