Monday 23 May 2011

Jihad Perangi Hawa Nafsu

Setiap orang memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.


"Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan." (Surah Maryam, 59)
Sebagian orang bijak berkata, "Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya." [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]


Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri."
Hawa nafsu perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain.


Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan:


1. Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka.


2. Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah.


3. Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh manusia.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. "


Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!".


Demikian ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa, sementara berperang dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian, upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi.


Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : "Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat ketimbang menaklukkan sebuah kota!" [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub, h.15]

Friday 20 May 2011

Menginstall Iman Akibat Virus Jambu Merah

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?


Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.


Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.


Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat 'hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Menomborsatukan cinta pada sesama manusia, dan menomborduakan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?


Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.


Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka filedakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..

Thursday 19 May 2011

Nasihat Ibu Tentang Cinta

* Kisah ini ana petik dari  'ILUVISLAM'  .


Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya.
Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.
Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.
Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh.
Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya.
Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.
Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan.
Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.
Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.
Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini.
Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.
Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.
Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej- mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them."
"So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."
"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited."
"You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.
Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya.
Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.
Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang.
Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.
Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.
Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.
Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Wednesday 18 May 2011

Untuk Adam Dan Hawa

Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

Tuesday 17 May 2011

Adakah Kita Bertemu dengan Orang Yang Salah??????

Terkadang kita terfikir :


Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?


Teman sekerja yang tak 'ngam'?


Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?


Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?


Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?


(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)


((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))


Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.


Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....


 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]


Untuk lita'arafu..


Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.


Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.


Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.


Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.


Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..


Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?


Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...


Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.


Takkan!


Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.


Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.


Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.


Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.


Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'


Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.


Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,


Untuk kita belajar sesuatu darinya.


Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.


Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.


Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.


Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.


Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?


Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.


Itulah dia Allah.


Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.


Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.


And He Knows best.


Wallahua'lam.


Bersabar, dan teruslah berdoa.


Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Monday 16 May 2011

Jangan Bertasbihkan Cinta!

isteri disimbah asid! Suami yang dikahwini atas dasar cinta rupa-rupanya pendera. Ini cerita lama dalam versi baru (dulu ada cerita suami disimbah asid). Semua ini mengingatkan saya pada perbualan dengan seorang wanita suatu ketika dahulu.


"Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi begini. Sepanjang tiga tahun kami bercinta, tidak pula dia menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia panas baran. Semuanya baik dan lembut belaka. Tapi tak sampai lima bulan setelah berkahwin, baru saya tahu dia begitu panas baran orangnya," luah seorang isteri.


"Awak mungkin bercinta, tetapi tak kenal..." ujar saya.


"Tiga tahun bercinta masih tak kenal? Mustahil," balasnya.

"Kenal itu dengan akal dan hati. Mungkin semasa tiga tahun awak berdua bercinta... kurang guna akan dan hati, hanya guna emosi dan nafsu. "


"Akibatnya ini?"


"Ya, akibatnya ini, bercinta tanpa kenal hati budi."



Begitulah antara dialog yang pernah berlaku antara saya dengan seorang isteri yang didera suaminya. Akibat cinta tanpa kenal dia menderita. Secara tabiinya, kita perlu kenal baru cinta tetapi kini sudah ramai yang cinta baru kenal. Akibatnya timbullah penyesalan yang tidak sudah-sudah. Akibat salah pilih, suami atau isteri yang disangka boleh memberi bahagia, rupa-rupanya punca derita!  


Tidak mengapa kalau kita berkenal dahulu terus berkahwin dan kemudian cinta. Seperti Siti Khadijah yang kenal kebaikan Rasulullah saw melalui orang kepercayaannya Maisarah dahulu, terus meminang Rasulullah saw, berkahwin dan kemudian baru bercinta. Untuk kenal orang yang baik, perlulah menerusi orang yang baik. Hanya orang baik yang mengenal orang baik yang lain, seperti mana hanya jauhari mengenal manikam.


Tidak mengapa sekiranya perkahwinan tidak dimulakan oleh satu percintaan tetapi ia mesti didahului oleh satu perkenalan. Apa yang perlu kita kenal? Tidak lain tidak bukan, yang paling kita mesti kenal keseriusannya dalam beragama. Bila agama kukuh, ertinya cintakan Allah dalam diri seseorang juga kukuh. Itulah modal untuk membina kebahagiaan dalam rumah tangga.


Cinta Allah itu adalah sumber untuk mencintai segala dan semua. Iman kepada Allah dan kasih-sayang sesama manusia sangat erat keterkaitannya. Ramai pasangan suami isteri yang terlibat dengan perkahwinan yang tidak dimulakan dengan cinta, berjaya juga membina kebahagiaan rumah tangga kerana kekukuhan keduanya mencintai agama. Ini kerana perkahwinan itu sendiri telah memulakan cinta suci mereka.


Cinta itu bukan tujuan, cinta hanya jalan. Bukan hanya ada satu jalan untuk mencapai tujuan... ada berbagai jalan. Hakikat ini bukan menafikan keperluan cinta untuk membina kebahagiaan rumah tangga, tetapi cinta itu bukan yang pertama dan paling utama untuk mencapai rumah tangga yang bahagia.


Menurut ajaran Islam, ada elemen-elemen yang lebih utama daripada cinta yang perlu dititik-beratkan sebelum, semasa dan sepanjang perkahwinan. Perkara-perkara utama ini semuanya dituntut oleh Allah untuk disempurnakan bagi memastikan cinta, kasih-sayang, tanggung jawab, peranan dan tugasan rumah tangga itu sentiasa terbina di atas tapak iman.


Diantara prinsip-prinsip itu ialah niat, matlamat, perlaksanaan, modus operandi dan natijah perkahwinan itu mestilah selaras dengan kehendak Allah. Oleh itu apabila rumah-tangga bergoncang, telitilah semula niat berkahwin dahulu. Apakah masih kerana Allah? Atau sudah tersasar tanpa sedar? Akibat hebatnya cabaran, masalah dan godaan yang telah melanda alam rumah tangga solat lima waktu telah terabai, pembaziran berleluasa, hiburan telah melampau dan pelbagai suruhan dan tegahan Allah sudah dipinggirkan?


Kalau demikian, jangan tunggu lama-lama, kembalilah ke pangkal jalan, katakana pada diri, "wahai diri, kau berkahwin kerana Allah..." Insya-Allah, "talian hayat" perkahwinan kita akan tersambung semula dengan Allah. Hukum-hakam Allah akan berdaulat semula. Insya-Allah, ketenangan akan menjelma semula.


Selama mana prinsip-prinsip itu dipatuhi, selagi itulah Allah menjamin cinta di antara pasangan suami isteri itu pasti tumbuh, subur dan berbunga sekalipun mereka tidak pernah bercinta sebelum berkahwin. Dan bagi yang telah berkahwin pula (tidak kira berapa lama), syariat Allah ini jika dijadikan rujukan bersama antara suami isteri, insya-Allah rumah tangga akan kembali tenang walaupun pasti ada pergolakan. Hati-hati yang mengingati yang SATU akan mudah bersatu!


Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s.a.w dan para Sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai berkahwin atas pilihan ibu bapa (yang mengenal bakal menantunya) dan perkahwinan itu ternyata berjaya.


Tradisi itu berjalan dengan baik dan teratur kerana pada waktu itu anak-anak sudah dididik dengan asas agama dan akhlak yang teguh serta patuh kepada ibu bapa. Pada waktu itu anak-anak yang baik akan mematuhi perintah ibu-bapa yang baik yang memilih orang yang baik untuk menjadi suami atau isteri anak mereka. Sementara ibu bapa pula memang sedia mewarisi sifat-sifat mulia daripada generasi sebelumnya yang juga mementingkan kepentingan agama dan akhlak.


Kita akan dibantu oleh niat yang tulus sebelum berkahwin dahulu. Jika tulus pasti lurus walaupun kekadang bengkak-bengkok juga di pertengahannya. Tetapi jika awal-awal sudah bengkok, rumah-tangga akan semakin tersasar dan sukar sekali mencari jalan kembali.


Oleh kerana itu, semasa memilih calon suami atau isteri mestilah berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw melalui sabdanya, "Dikahwini wanita itu atas empat perkara: harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan."
Hendak membuat pilihan kita mesti kenal bagaimana tahap beragamanya, bila sudah kenal, berkahwinlah. Insya-Allah, nanti pasti ada cinta. Bukan cinta, kemudian berkahwin selepas itu baru
 kenal...


Eh, ini pelik? Tidak. Ia praktikal dan realistik dulu, kini dan akan datang. Lihat sahaja gambaran kenal baru cinta dalam filem "Bila Cinta Bertasbih". Jika ia mampu digambarkan melalui filem, ia mampu juga mampu direalisasikan dalam kehidupan. Dalam filem itu jelas digambarkan bagaimana orang yang baik melamar orang yang baik untuk orang yang baik. Sungguh indah bila cinta bertasbih (memuji Allah). Yakni bila cinta tunduk kepada kehendak Allah. Tetapi kini terbalik, masyarakat begitu hodoh jadinya apabila manusia bertasbihkan cinta – kehendak Allah tunduk kepada cinta!


Dalam masyarakat yang sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi, perkahwinan melalui 'orang perantaraan' (match maker) yang juga dipercayai kesolehannya akan mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.


Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang dibolehkan dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya seseorang dibolehkan melihat rupa calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang keperibadian dan lain-lain latar belakang calon. Namun fokusnya tetap "mengenal" agama bakal calon.


Itu semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah – sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya, tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan "maklumat" tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan yang melampaui batas. Nanti bukan maklumat yang dapat, tapi maksiat.


Bayangkan betapa indahnya saat pertemuan dua mempelai yang dipertemukan atas keredaan Allah serta restu ibu bapa dan masyarakatnya. Thrill dan suasana suspens sudah semestinya ada yang mana ini menambahkan lagi keindahan pertemuan pertama.


Dan bagi yang sudah lama berumah tangga tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Justeru dalam perlaksanaan rumah tangga Islam sudah ada tip-tip tertentu yang jika diamalkan akan mengekalkan suasana kemanisannya.


Antaranya, isteri sentiasa mengekalkan perasaan malu di hadapan suami, isteri dan suami sentiasa berhias dan memakai haruman, pandangan kasih oleh suami, pandangan cinta oleh isteri, adab serta seni-seni dalam hubungan seks dan lain-lain perkara yang banyak ditulis dalam hadis dan kitab-kitab para ulama muktabar.


Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan 'lesen' seperti cinta selepas perkahwinan. Ruangnya begitu terhad untuk membuktikan kecintaan. Ini kerana Allah sangat melarang zina malah segala perbuatan yang boleh menghampirinya seperti bergaul bebas, berkhalwat, memandang dengan nafsu, bersenda gurau dan sebagainya.


Walhal cinta sebelum perkahwinan sangat terdedah kepada perbuatan menghampiri zina sama ada secara lisan atau perbuatan, disengajakan atau kerana tidak mampu menahan godaan. Ketika itulah cinta mula dinodai oleh nafsu. Fitrah hati (cinta dan kasih sayang) sudah bertukar menjadi kehendak biologi (seks) semata-mata.


Apabila seseorang mencintai kekasihnya melebihi cintakan Allah, maka mudah hukum Allah dilanggar. Kerana kekasih, Allah tersisih. Inilah fenomena lumrah dalam masyarakat hari ini terutamanya di kalangan remaja. Maruah diri, nama baik keluarga, kesucian syariat rela dipertaruhkan untuk mendapatkan cinta.


Malangnya cinta yang diburu adalah cinta palsu. Yang mana keindahannya sementara dan menipu. Seseorang dikira sudah bernasib baik jika cinta itu sempat dibawa menjejaki gerbang perkahwinan walaupun kemudiannya tidak indah dan akhirnya berpisah. Namun kajian menunjukkan cinta yang kotor patah di tengah jalan. Tidak sempat bermahtangga cinta telah berkecai.


Dan bagi yang sempat berumah tangga ramai pasangan yang bercerai-berai walaupun mereka telah melalui saat-saat indah di alam percintaan. Tetapi yang paling ramai ialah mereka yang hanya mampu mempertahankan perkahwinan tetapi gagal mengekalkan keindahan cinta di dalamnya. Mereka yang kecewa ini kerap mengungkapkan, perkahwinan adalah pusara percintaan!




Terbukti tidak ada keindahan dengan mengetepikan Tuhan!

Sunday 15 May 2011

Guru..Ajaranmu Ku Rindu


Nabi s.a.w bersabda: "Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: "Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa ia lakukan;" kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu - bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya." (Riwayat Anas R.A)
Ganjaran Orang Yang Memberikan Ilmu
Pengajaran hadith:
i) Setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah dengan hati yang tabah sabar dan redha kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan pada dirinya di mana:
a) Jika ia membiasakan dirinya dengan amalan yang baik semasa ia sihat atau senang kemudian tidak dapat melakukannya disebabkan kesakitan atau kemalangan yang menimpanya, maka Allah memerintahkan malaikat amal mencatat amalan yang baik yang tidak dapat dikerjakannya itu.
B) Sekiranya Allah menyembuhkan sakitnya atau menghilangkan bencana yang menimpanya itu maka Allah jadikan ujian-Nya itu sebagai "kaffarah" yang menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu serta dijadikan hidupnya berkeadaan baru, suci dan bersih daripada dosa.
c) Namun sekiranya Allah S.W.T sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia akan dikurniakan keampunan dan dilimpahkan rahmat kepadanya.
قَالَ لَهُ ۥ مُوسَىٰ هَلۡ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمۡتَ رُشۡدً۬ا
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?
(Surah At-Kahf 18:  Ayat ke 66)

PenGorBaNan Seorang GuRu....^_^

         Saat berkumpul menjadi minit, minit berkumpul menjadi jam, jam bertukar menjadi hari, hari pula menjadi minggu, berkumpulnye minggu tok menjadi bulan, dan seterusnye menjadi tahun dan bertahun-tahun...... malam singgah tatkala mentari berehat seketika melepaskan lelah menyinari benua asia yang luas ini, melawat bumi barat pula yang sudah ditinggalkan bulan purnama yang cantik menerangi bumi Allah!.. siang bertukar malam, begitulah sebaliknye.. Maka tibelah sudah saatnye, 16 MEI mesti korang sume tahukan? Hari apekah yang dinyatakan sebentar tadi... sudah semestinye kita tahu,, sejak kecil lagi kita sudah kenal dengan tarikh keramat itu....



Cikgu, Teacher, Pensyarah, Ustaz, Ustazah, Mua'lim dan mua'limah semuanya menberi maksud yang sama iaitu GURU, seorang pendidik anak bangsa.. cuba kita lihat berapa ramai doktor, peguam, kontraktor, enginer, akauntann, pilot, polis dan banyak lagi perkerjaan yang ade d dunia ini adalah bermula dari seorang guru. Guru yang mendidik kita dari kecil hingga besar. Mulanya di tadika, kemudian sekolah rendah dan menengah, seterusnye melangkah ke Universiti. Seorang guru  xpernah kenal erti penat lelah dan putus asa .. begitu gigih dan bersemangat kental terus terusan mendidik anak2nya. Seorang guru sabar menghadapi pelbagai kerenah dan ragam anak2 muridnya. Seorang guru xpernah mengeluh walaupon ada d antra mereka yang di sakiti dan di kasari secara mental ataupon fizikal. Seorang guru sangatlah besar maknanya buat kita sume. Rugilah bagi mereka yang xpernah berterima kasih dan menghargai gurunye. kerana setiap ilmu yang kite ada sekarang adalah daripada seseorang yang bernama guru. Begitu besar jasa seorang yang perlu kite kenang dan hargai. Setiap ilmu yang dicurahkan amatlah berguna untuk kite sume,xde sedikit pon yang sia-sia. Jasa guru amatlah berharga. Meski tidak ditulis dalam tinta sejarah sekalipun, semua manusia pasti mengakui guru adalah PAHLAWAN SEJATI.Dari Abu Umamah Al-Bahili. Rasulullah S.A.W bersabda : ' Sesungguhnye Allah dengan seluruh Malaikat Nya serta penghuni langit dan bumi, sehinnga semut yang ada di dalam lubangnye dan ikan yu, semuanye berdoa kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.'. 



KEGIGIHAN DALAM MENDIDIK X AKAN KAMI LUPAKAN.


suka suki..




Guru yang baik adalah guru yang benar-benar memahami hakikat sebagai seorang pendidik


Kau umpama lilin yang menerangi kegelapan, semoga usahamu yang murni akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.






Selamat Hari Guru kepada semua guru. Jasamu akan dikenang sepanjang hayat. Tetaplah ikhlas dan tabah memikul amanah ini kerana setiap yang engkau berikan akan memberikan kebaikan kepadamu kembali.

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.



Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.



Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Usman Awang
1979

Selamat Hari Guru!!!...


وَلِيَعۡلَمَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَيُؤۡمِنُواْ بِهِۦ فَتُخۡبِتَ لَهُ ۥ قُلُوبُهُمۡ‌ۗ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬
Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.

(Surah Al-Hajj 22: Ayat Ke 54)

Anda Telah Sedia Untuk Ber'couple' Jika.....

Anda telah bersedia untuk ber'couple' jika.. 
Niat anda memang untuk berkahwin dengan 'sidia' demi menjaga agama dan ahklak agar sentiasa terpelihara ...

Sebaliknye anda belum bersedia untuk ber 'couple' jika... 
Niat anda hanya untuk suka-suka @ ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata...

Anda telah bersedia untuk ber 'couple' jika..
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqaddimah' zina...^_^

Sebaliknye anda belum bersedia untuk ber 'couple' jika ...
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan..... dot-dot....*_^


Anda telah bersedia untuk ber 'couple' jika...
Sudah 'lepas' ilmu fardhu Ain dan mempunyai tahap percapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknye sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

Sebaliknye anda belum bersedia untuk ber 'couple' jika....
Masih terkandas ilmu fardhu Ain. Mengaji Quran pun masih lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran . Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan .....

Anda telah bersedia untuk ber 'couple' jika ..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha  sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yang sebenar...

Sebaliknye anda belum bersedia untuk ber 'couple' jika.....
Mengucap dua kalimah syahadah pon belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang.....aduhaiii!!!!!..ape nk jd la...

ingat ini!!^_^


La tahzan!



jauhi lah zina...


say NO to pergaulan bebas!!

SELAMAT BERAMAL.......!!!

Saturday 14 May 2011

Kisah Keluarga Yasir!

Seorang demi seorang hamba Abu Jahal mmeluk agama Islam.Ini menyebabkan Abu Jahal asyik marah.Dia menjadi semakin berang apabila mengetahui Yasir & keluarganya telah mengikut Muhammad.

        Suatu hari, Yasir & isterinya sumayyah serta dua orang anak mereka, Ammar & Abdullah telah dbawa mengadap Abu Jahal. Tangan & kaki mereka telah diikat.

        "Celaka kamu semua: marah Abu Jahal, "Muhammad itukan gila,mengapa kamu ikut dia.Lebih baik kamu kembali semula agama nenek moyang kita, jika kamu smua mahu selamat."

        Seisi keluarga itu hanya mendiamkan diri smbil mulut mereke berkumat-kamit mengucapkan kalimah ALLAH. "Kurang ajar, sekarang siapakah yang boleh menolong kamu????" bentak Abu Jahal sambil tangannya menghayun cemeti ke tubuh mereka berempat.

        "Kepada Muhammad....ha...ha......ha.....ha....Dia takkan dapat menolong kamu."Mereka tetap berdiam diri.Tidak sepatah perkataan pun yang keluar drpd mulut mereka kecuali ucapan memuji kebesaran ALLAH. Tali cemeti itu smakin kuat menghentam tubuh2 mereka. Namun jiwa mereka tetap kuat kepada agama ALLAH. Mereka tidak mahu kembali kepada agama nenek moyang yg sesat. Hukumlah apa saja,mereka tetap sedia menghadapinya demi mmpertahankan ajaran Muhammad.

       Kemarahan Abu Jahal semakin meluap.Dia belum berasa puas menyeksa keluarga Yasir dengan cemeti. Lalu dia memerintahkan orang yg mnjalankan hukuman memanggang mereka di atas bara api. Seorang demi seorang anggota keluarga Yasir diikat pada tempat seperti memanggang sate. Daging mereka melecur.Bau daging terbakar menusuk lubang hidung. Nabi Muhammad datang melihat kejadian itu, tetapi baginda tidak dapat berbuat apa2. Yasir & keluarganya adalah hamba Abu Jahal. Pada masa itu juga belum ada wahyu yg mengizinkan org2 Islam memerangi org2 kafir zalim. Nabi Muhammad berasa sedih melihat penderitaan keluarga Yasir. Sambil menitiskan air mata baginda menghampiri mereka. Kata nabi Muhammad, "sabarlah wahai keluarga Yasir. Sesungguhnya di depanmu telah dijanjikan syurga." Kemudian Nabi Muhammad menadah tangannya kehadrat ALLAH, "ya ALLAH berilah kelapangan jiwa kepada keluarga Yasir."

       Abu Jahal & anak2 buahnya ketawa terbahak2 setelah Nabi Muhammad meninggalkan tempat itu. "Lihat....pemimpin kamu pergi begitu sahaja." Penyiksaan yg dilakukn terhadap keluarga Yasir adalah diluar batas2 kemanusiaan. Yasir yg diseksa lebih berat,sudah tidak tahan lagi...Akhirnya dia meninggal dunia di atas tempat pemanggang. Mayatnya sudah hangus sewaktu diangkat. Ammar menangis kesedihan. Ketiga2 beranak yang masih hidup berpelukan seolah-olah tidak mahu berpisah. Tetapi apabila tiba giliran Abdullah, tiada siapa yg boleh menahan orang2 zalim itu. Abdullah dinaikkan di atas pemanggang. Dia tidak dapat tahan begitu lama. Akhirnya dia juga menyusul pemergian ayahnya. Sebelum dia menghembuskan nafasnya terakhir, dia sempat tersenyum melambangkan kekuatan imannya kepada agama Islam.

      Abu Jahal semakin marah sambil berkata, "diseksa begitu kejam pun masih mahu tunjuk keras kepala," rungut Abu Jahal. Kemudian dia menoleh kepada Sumayyah,isteri Yasir. "Sekarang, angkat sumayyah pula," perintahnya dgn keras. Sumayyah menjalani hukuman itu dengan tenang. Tetapi kemudian dia diturunkan dari pemanggang. Di atas pemanggang hanya tinggal Ammar. Abu Jahal terus berkata kepada perempuan tua itu. "Kalau engkau mahu keluar drpd agama Muhammad, aku akan lepas Ammar." Sumayyah menjawab dengan tenang, "Ammar adalah urusannya sendiri. Dia tahu tanggungjawabku terhadab Tuhan. Apa yg aku buat tidak ada kena mengena dengan dia, seperti juga yg dibuat olehnya tidak ada kena mengena denganku."

      "Bedebah," bentak Abu Jahal. "Baliklah kepada agama Latta & Uzza,kau akan selamat.Kalau tidak......" "Mengapa buang masa??" tanya Sumayyah."kalau engkau mahu bunuh aku,bunuh sajalah. Aku tetap mnjadi pengikut Muhammad sampai mati."   "Hmmm... jahanam kau. Sudah tua begini pun masih cintakan Muhammad. Muhammad tidak inginkan kau. Sekarang bawalah cintamu itu ke neraka." Abu Jahal memberi isyarat kepada anak buahnya dengan kerlingan mata. Maka terjadilah peristiwa ngeri itu,peristiwa yg amat pedih & pilu untk dikenangkan. Sumayyah ditelanjangkan. Tubuhnya dijemur di tengah2 padang pasir yg terik itu. Sesudah diseksa dalam panas matahari, Abu Jahal mengambil sebilah pedang lalu menikam tubuh Sumayyah dengan pedang itu. Dalam kesakitan itu,Sumayyah masih teguh kepada agama Islam. Kemudian dia menjerit buat kali terakhir sebelum meninggal dunia. Dia meninggal dunia dalam iman yg smpurna. Sementara itu, Ammar sudah tidak tahan lagi diseksa di atas api. Dia dilepaskan. Tetapi kemudian dipaksa memakai baju besi & dijemur di tengah2 padang pasir. Ammar tidak tahan lagi mnjalani penyiksaan itu lalu meminta dilepaskan. Mulutnya mengaku kafir, Tetapi hatinya tetap beriman kepada ALLAH. Para sahabat mendengar ucapan Ammar.

       Mereka memberitahu kembali kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah,Ammar telah murtad. Dia mengaku kembali kepada agama nenek moyangnya." Dengan bijaksana Nabi menjawab, "ALLAH telah mencampur iman Ammar di antara hujung rambut hingga hujung kakinya. Dan ALLAH mencampurkan imannya dengan daging serta darahnya." Nabi berkata demikian kerana ALLAH telah berfirman yg bermaksud "Barangsiapa kufur kepada ALLAH, maka terlaknatlah dia. Kecuali dia dipaksa, sedangkan hatinya tetap beriman. Manakala orang kafir dalam hatinya, dia akan menerima neraka drpd ALLAH. Dan mereka akan diseksa dengan azab yang sangat dahsyat."

       Begitulah kesudahannya. Maka selamatlah iman Ammar & selamat pula tubuhnya. Kekuatan imannya tetap dipertahankan & tidak mudah dipengaruhi oleh golongan kafir...........

*sekadar renungan, walaupun diseksa mereka tetap teguh dengan pegangannye..

Friday 13 May 2011

Duhai Hati!

Harum semerbak bunga melati di taman puri
Dijadikan hiasan mahkota mempelai putri
Tanda lambang kesucian dan kelembutan hati
Lembutnya hati bila berhiaskan Asma Ilaahi
Lembut tampaknya buih dihempas ombak
Terpukau mata seakan kabut yang berarak
Padahal buih sisa hempasan perasaan riak-riak
Banyak manusia seakan dirinya berakhlaq
Padahal hatinya senantiasa memberontak
Akui berhati lembut, ternyata keras berpijak.
Baru disadari ternyata diri banyak tertipu
Menyangka hati telah lembut
Menyangka diri telah jadi kekasih Allah
Menyangka diri telah berbuat baik
Menyangka dan menyangka
Yang selalu diulang dan menjadi bayangan diri
Bukankah ini khayalan yang pasti?
Kini... terlihat batu telah berada dalam suatu proses
Ternyata batu yang keras bukan saja dapat dipecahkan
Melainkan dapat pula dihaluskan laksana tepung
Ternyata disini pulalah letak ketinggian mutunya karena telah berubah fungsi selaku penghalus dan pengokoh suatu bangunan.
Oh... inikah maksud pelajaran dari melembutnya sebongkah batu
Tertunduk wajah menyimpan rasa malu
Seulas cibiran menukik di diri sambil berkata.....
Batu yang keras saja ternyata sabar memproses diri
Lalu bagaimana diri ini: “HATI” hakikatnya
Telah tercipta dalam kondisi lembut
Tak mampu berproses menuju kelembutan
Mengapa diri tak merasa malu dengan kekerasan hati
Bukannya hati yang mengeras.... tetapi nafsulah yang menjadikan hati tampil mengeras
Sehingga tak mampu hati tersentuh kelembutan Ilaahi
Sehingga tak mampu hati menangkap isyarat berhikmah
Sehingga tak mampu hati bergetar dan menangis,
Bila diingatkan dan disentuh ayat-ayat Al Qur'an.
Oh alangkah keras dan membatunya hati...
Wahai Allah wahai Rabbi Dzat pendidik kami
Kerasnya hati kami, tak pernah kau membenci
Engkau tersenyum melihat tingkah polah kami
Laksana seorang ibu selalu sabar menjagai
Rahmat terus kau beri agar tersadar diri ini
Sungguh kami adalah hamba yang tak pandai mensyukuri
Wahai Allah wahai Rabbi tempat kami mengadu
Selangkah demi selangkah kami tinggalkan nafsu
Agar mencair hati yang selama ini keras membatu
Baru kami mengerti betapa pemurahnya sifat-Mu
Kami yang selama ini acuh dengan sabar kau tunggu
Oh ternyata kami adalah hamba yang tak mau tahu
Wahai Allah wahai Rabbi sumber segala bahagia
Banyak sudah hidup kami yang tersia-sia
Tanpa kami sadari kelak berakhir petaka
Karena terlena pada keindahan fatamorgana
Mohon kiranya agar waktu yang masih tersisa
Untuk berbakti dan bersyukur selaku hamba.

Masuk syurga dan masuk neraka kerana seekor lalat!

IMAM THARIQ bin syibah pernah berkata dalam majlis pengajiannye, “ada orang yang masuk syurga kerana seekor lalat dan ada pula yang masuk neraka kerana seekor lalat.’
            Kaum muslimin yang hadir dalam pengajian itu terperanjat apabila mendengar perkataan imam thariq bin syihab yang tidak masuk akal itu. Mereka tenyata hairan.
            “bagaimana hal itu bolah terjadi?” tanye mereka serentak.
            Lalu imam thariq bin syihab menceritakan sebuah kisah menarik.
            “ada dua orang melakukan pengembaraan. Pada suati hari, mereka memasuki daerah yang didiami oleh satu kaum yang menyembah berhala. Kaum itu memiliki berhala yang disembah dan dikeramatkan. Orang yang melewati daerah tersebut mereka harus memberi korban sebagai persembahan untuk berhala itu. Jika tidak, mereka tidak akan dibiarkan keluar hidup-hidup dari daerah itu.
            Dua orang itu turut mengalami masalah yang sama. Mereka mesti memberikan persembahan pada patung berhala. Lelaki pertama sangat taakut pada kematian. Oleh kerana tidak memiliki apa-apa, akhirnye dia menangkap seekor lalat untuk dipersembahkan pada berhala itu.
            Lelaki kedua pila tetap teguh memegang akidahnye. Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu, meskipun dengan seekor lalat. Dia memilih untuk taat pada ajaran agamanye. Berkorban hanya boleh dilakukan jika sesuai dengan syariat, iaitu korban Aidil Adha yang dilakukan ikhlas kerana Allah.
            Memberi persembahan untuk berhala meskipun hanya dengan seekor lalat, adalah perbuatan menyekutukan Allah. Itu adalah dosa yang paling besar. Keengganannya menyebabkan dia dibunuh. Lelaki itu mati syahid mempertahankan akidahnye dan masuk syurga.
            Adapun lelaki yang  satunye, akhirnye meneruskan perjalanan. Namun begitu, Malang menimpanye. Baru sahaja dia berjalan beberapa puluh langkah, dia digigit ular yang berbisa di tengah padang pasir dan akhirnye mati.      
            Namun, dia mati dalam keadaan musyrik. (menyekutukan Allah). Dia masuk neraka kerana meenyekutukan Allah, dengan mempersembahankan seekor lalat pada berhala.”
  
*semoga cerita ni blh menjadi slh 1 pengajaran kepada kita semua..^_^