Wednesday 26 September 2012

The Way of Belief


Aku merasakan bahawa diriku tidak dihargai oleh orang sekeliling apabila melakukan sesuatu. Aku benar-benar berasa kecewa dan sedih atas peristiwa ini.
                Aku teruk dan tidak berguna apabila aku melakukan perkara-perkara yang bodoh. Aku merasakan bahawa aku perlu disayangi oleh orang yang bermakna dalam hidup aku. Bagi aku, keadaan adalah sangat teruk jika setiap orang tidak mengikut apa yang aku jangkakan. Aku juga merasakan sangat teruk dan dahsyat apabila banyak perkara yang penting tidak mengikut kemahuanku.
                Tetapi, jika difikirkan balik, di mana tertulisnya bahawa aku ini teruk dan tidak berguna apabila aku melakukan perkara-perkara yang bodoh? Apa buktinya yang menunjukkan aku perlu sentiasa disayangi oleh orang yang bermakna dalam hidup aku? Bukankah Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahawa setiap orang perlu mengikut jangkaan aku? Di mana pula bukti jika apa-apa yang tidak mengikut kemahuan aku, keadaan akan menjadi teruk dan dahsyat? Sungguh aku tertipu dengan peganganku sendiri.
                Sebenarnya, diriku ini bukanlah orang yang teruk apabila melakukan perkara-perkara yang bodoh, tetapi hanya perlakuanku sahaja yang mungkin teruk. Aku merasakan sangat bagus jika aku sentiasa disayangi, tetapi tidak semestinya diriku ini perlu sentiasa disayangi oleh orang yang bermakna dalam hidupku. Adalah baik jika orang lain dapat mengikuti apa yang aku jangkakan, tetapi sekiranya tidak, tidak semestinya diriku ini teruk. Aku merasakan bahawa sangat baik jika semua perkara-perkara yang penting dapat mengikut kemahuanku, tetapi keadaan tidaklah teruk dan dahsyat sekiranya perkara tersebut tidak berlaku.