Monday 19 December 2011

sembang santai : KORBAN CINTA part 2


         
Sambungan korban cinta….

Kita hendaklah mencintai akhirat. Kenapa kita kena mencintai akhirat? Kerana akhirat itu lebih baik dan lebih kekal. Kehidupan kita didunia ini akan berakhir dengan kematian tetapi kematian bukan pengakhiran. Kematian adalah satu permulaan kepada satu kehidupan yang x mati2 iaitu hidup yang infiniti di akhirat kelak. Bagaimana kita menorak kehidupan di sana? Letaknya di jauh mana kita cintai akhirat dan kita dapat mengorbankan cinta dunia kita untuk mendapat cinta akhirat. “ mencintai akhirat ataupun mementingkan akhirat tidak bereti kita meminggirkan dunia” kata2 dari Dr yusof al-Qhardawi, kerana apa, “ dunia itu adalah ladang kepada akhirat ” ini kata2 imam shafie. Ertinya apabila kita cinta pada akhirat kita akan bertungkus lumus, kita akan produktif, kita akan dinamik, kita akan sibuk di dunia ini. Kerana apa yang kita usahakan di sini akan kita tuai hasilnya di sana..
 
 Di dunia tempat kita menyemai di akhirat  kita menuai”, sebab itu orang yang cinta hari akhirat dia tidak meminggirkan dunia tetapi dia memanfaatkan secara optimum dunia ini, masanya, tenaganya dan usianya untuk akhirat. “dunia ini diciptakan untuk manusia, manusia diciptakan untuk akhirat”. Jadi kita akan guna sungguh2 dunia ini untuk mencapai cinta akhirat. Kenapa cinta Allah dan akhirat itu penting? Cinta Allah dan akhirat ini penting bukan sahaja untuk  manfaat kita hidup diakhirat tetapi cinta Allah dan cinta kepada akhirat ini penting ketika kita hidup didunia ini.

Keyakinan kepada kehidupan akhirat sangat penting ketika kita hidup  didunia ini supaya kita benar2 lihat apa patot kiat kena korbankan. Orang yang benar2 cinta hari akhirat – pertama dia akan ada kekuatan untuk melaksanakan kebaikan dan ada kekuatan untuk tinggalkan melakukan keburukan walaupon tidak kelihatan pada mata manusia kerana apa? Kenapa perlu ada hari akhirat? Walaupon ada dalam istilah berbeza ? orang hindu percaya kepada hukum karma, orang Buddha percaya ada kehidupan ke 2 selepas kehidupan pertama. Berbeza istilah tetapi ada sad of the end. Kenapa manusia percaya akan ada kehidupan diakhirat? Walaupon mereka tidak ada ketepatan dalam kepercayaan itu? Sebabnya mudah “ tidak ada keadilan yang mutlak di atas muka bumi ini”. Orang yang baik kadang2 tertindas. Orang yang jahat terus2an naik sampai kita bertanya bila dia nk kena, xkena2. Begitu juga kadang2 tiada explaintion terhadap apa yang terjadi didunia ini.  Kenapa seseorang bayi dalam perut ibu kena HIV +ve, apa salah apa dosa bayi tersebut sampai tiada explaintion. Sebab itu bicara kita tidak selesai disni  perlunya ada disana supaya ada keadilan mutlak yang ditegakkan.

 Kalau kita buat kebaikan kadang2 buat sesuatu tidak dapat penghargaan, pujian, kita  tidak dapat ganjaran. Begitu juga dengan penyamun pandai dengan liciknya mengaburi mata2 dan sebagainya dia boleh kelihatan baik tetapi apakah kita banyak melakukan kebaikan walaupun xdapat pujian dan penghargaan. Tidak kalau kita yakin pada hari akhirat walaupon manusia tak Nampak kita buat juga kebaikan itu kerana Allah pasti Nampak dan Allah SWT akan membalasnya dengan syurga dan waktu gelap macam mana pon mata tertutup macam mana pon , kita tidak melakukan maksiat , kejahatan kerana apa? Walaupon mata manusia boleh ditutup, CCTV boleh rosakkan dengan sebagainya tetapi pemerhatian malaikat yang diizinkan oleh Allah tidak dapat akan ditutup dan ditipu dan kita akan dapat pembalasan dari kejahatan di neraka na’uzubillah. Sebab itu keyakinan pada hidup akhirat sangat penting supaya kita dapat laksanakan kebaikan dengan sebenarnya didunia dan meninggalkan kejahatan didunia walaupon kita xdapat ganjaran dan hukuman dri manusia.. 



Sunday 18 December 2011

sembang santai : KORBAN CINTA

           
            Untaian kata yang datang dari hati moga tempat jatuhnya juga di hati... suka saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang yang saya dapat dari sembang santai yang diadakan di kolej kedua di UPM. Antara baris panel ialah Ustaz pahrol, (editor majalah solusi) dan Ustaz Wan Sohor ( pensyarah UIA).

           Apa yang di sampaikan oleh Ustaz pahrol sangat terkesan di hati dan memberi kesedaran pada saya. Kata-katanya penuh dengan makna. Beliau berkata, cinta itu sendiri, cinta adalah satu tajuk yang sangat penting. Apabila cinta kena pada masa, ketika dan pada siapa. Cinta ini kuasa yang luar biasa yang xdapat ditandingi. Bayangkan dengan kuasa cinta, Allah SWT menciptakan manusia dengan kuasa cinta seorang yang dapat mengorbankan nyawanya untuk syahid untuk dapat masuk ke dalam syurga, semuanya kerana cinta. Oleh kerana itu cinta ini, kenapa yang sangat berkuasa? yang pertama kerana cinta itu terletaknya di hati, hati ialah RAJA dalam kerajaan diri kita yang mana hati yang baik semua anggota dalam panca indera kita baik, baik hati baik kaki baik fikiran maka semuanya akan menjadi baik. Oleh itu, cinta ini terletak di hati sebab itu bila orang kata jatuh cinta ertinya jatuh hati, sebab itu kita berhati-hati menjaga hati kita supaya apabila cinta yang bertapak di hati itu. cinta yang baik cinta yang sempurna jadi insyaAllah hati kita mengarah kepada kebaikan tetapi hubaya-hubaya beringatlah apabila hati itu di penuhi dengan cinta yang buruk tersalah kita meletakkan cinta maka hati itu mengarah ke arah keburukan. sebab itu, kenapa cinta itu penting kerana cinta itu terletak di hati. 

            Satu kisah yang dinukilkan oleh imam ghazali dalam kitab ape saya lupa. maaf di pohon. Pada suatu ketika seorang badwi bertemu dengan Rasulullah SAW, lantas seorang badwi ini bertanya soalan yang agak 'power' yng jarang2 nak ditanya, dipersoalkan oleh sahabat2 Rasulullah SAW kepada Rasulullah SAW. soalan badwi ituu berbunyi " Ya Rasulullah bila berlakunya hari KIAMAT?" , lantas Rasulullah menjawab soalan badwi itu dengan soalan juga "apa yang engkau siapkan atau sediakan untuk menghadapinya?" inilah kebijaksana Rasulullah SAW. Kadang2 satu soalan dijawab dengan satu soalan yang lain iaitu untuk pergi kepada orang terrsebut. ertinya Rasulullah SAW bukan sahaja melihat soalan tetapi melihat pada penyoalnya. kemudian Badwi terus menjawab lagi " aku tidak sediakan dengan banyak solat, banyak berpuasa tetapi akau sediakan dengan hati yang sangat cinta ada engkau ya Rasulullah" , lantas Rasulullah memberitahu "seseorang itu akan bersama sama di akhirat dengan orang yang dicintainya bila didunia" jadi ertinya cinta ini penting kerana apabila kita betul2,benar2 meletakkan cinta maka kita akan berada di syurga kelak nanti insyaAllah tetapi jika kita slah letakkan cinta pada orang yang salah atau letakkan sesuatu yang membawa keburukan maka kita akan dapat keburukan na'uzubillah berada di neraka bila akhirat kelak, jadi cinta itu sesuatu yang amat penting.

            ok sudah menjadi sunnatullah Apabila kita mendapat sesuatu, pada yang sama kita akan kehilangan sesuatu. kita tidak boleh dapat perkara yang sama 2 perkara yang sama dalam satu masa. oleh kerana dalam hidup kita apabila mendapat sesuatu pada yang sama kita akan kehilangan sesuatu maka pastikan apa yang  kita dapat sentiasa lebih bernilai dan berharga dari apa yang kita hilang. Begitulah dengan cinta. apabila kita katakan kita korbankan cinta kita, kita mengorbankan sesuatu yang berharga untuk mendapat sesuatu yang lebih berharga . kita korbankan yang bernilai untuk mendapatkan yang lebih bernilai . Jadi apakah yang cinta yang sangat bernilai? apakah yang sangat tinggi? yang mana kita perlu korbankan segala2 untuk mendapat cinta yang agak tinggi. cinta yang sangat itu cinta kepada Allah SWT. bila perolahi cinta Allah SWT. itulah sumber cinta sempurna. Apabila dapat cinta pada Allah SWT. nk hati kita tenang, nak bahagia dalam bercinta hendaklah " cintai orang yanng mencintai kita " supaya cinta kita berbalas. jangan mencintai orang xmencintai kita nnti kita syok sendiri. jadi siapakah yang kopem menyintai kita tentu saja Allah SWT . maka apabila kita cintai Allah SWT pasti cinta kita berbalas. “selangkah kita menuju Allah SWT, Allah akan dtg pada kita dengan seribu langkah, kita datang kepada Allah secara berjalan Allah dtg kepada kita secara berlari”, ertinya bercinta dengan Allah bukan bertepuk sebelah tangan. 



Friday 16 December 2011

Fitrah

    Alhamdulillah masih ade kesempatan bagi saya untuk berkongsi ilmu dengan anda semua . Laman ini sudah berabuk dah, yela dah 2 bulan tidak bukak. bayang lah!(^_^)

          Kehidupan kita ini dekat sangat dengan ISLAM, dengan ISLAM kehidupan kita akan teratur. Bukan hal ini yang mahu saya kongsikan tetapi tentang manusia . Ok, kata manusia ni, saya pon manusia, anda pon manusia , betul x? Jadi manusia ni ape? Ha , manusia ni, Allah ciptakan manusia ni melalui FITRAH, fitrah macam mane? mesti anda semua tertanya-tanya kan, sabar ye

         Ha, macam baby baru lahir, keluar-keluar aje baby terus menangis kan? kalau yang tidak menangis tu Dr yang bertugas akan membuat baby tu menangis dengan tepuk baby sampailah baby tu menangis . Ha persoalannya di sini siapa yang ajar baby itu menangis ? mak baby itu sendiri ke ajar time baby dalam perut? tidak2. tetapi siapa yang ajar baby menangis bila ditepuk atau keluar terus menangis itu adalah FITRAH. manusia perlukan agama iaitu fitrah. Orang mencari kata tuhan itu, tuhan ini. Semua orang mencari sebab apa? sebab FITRAH. Manusia mahu beragama. Ha jadi bila manusia ada fitrah dan inginkan benda itu.Maka Allah ciptakan manusia.

       Manusia ada jasmani, ada jari, ada tangan, ada kaki dan sebagainya. Allah sebutkan dalam Quran , "manusia Allah ciptakan daripada tanah". Ha tahukah anda bahawa manusia ini kalau check betul2kan memang manusia ini ada keperluan sama dengan tanah. try la check sekarang.

      Pertama kalau tidak percaya, manusia  perlu minum, tanah pon perlu disiram. Kedua, manusia perlu makan, tanah pon perlu dibajakan baru jadi tanah yang segar. Ketiga, manusia perlukan tempat , kalau tidak ada xboleh kerana orang gila pon cari kotak untuk tidur apatah lagi kita manusia yang normal ni malah tanah pon perlu tempat, tanah mane boleh xde tempat. xkan nak terapung di udara.  Mustahil  tanah perlukan pasu. Keempat pula manusia perlukan hiasan, kena pakai baju, malah pakai tudung pon ade banyak fesyen, maka tanah pon perlukan hiasan juga, ada rumput, ada daun, ada bunga la.


Maka sedarlah kita, pesanan untuk diri saya juga. Diri kita ini macam tanah aja xda hebat mana pon, pandai2 kita pon Allah yang maha Mengetahui