Sunday 18 December 2011

sembang santai : KORBAN CINTA

           
            Untaian kata yang datang dari hati moga tempat jatuhnya juga di hati... suka saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang yang saya dapat dari sembang santai yang diadakan di kolej kedua di UPM. Antara baris panel ialah Ustaz pahrol, (editor majalah solusi) dan Ustaz Wan Sohor ( pensyarah UIA).

           Apa yang di sampaikan oleh Ustaz pahrol sangat terkesan di hati dan memberi kesedaran pada saya. Kata-katanya penuh dengan makna. Beliau berkata, cinta itu sendiri, cinta adalah satu tajuk yang sangat penting. Apabila cinta kena pada masa, ketika dan pada siapa. Cinta ini kuasa yang luar biasa yang xdapat ditandingi. Bayangkan dengan kuasa cinta, Allah SWT menciptakan manusia dengan kuasa cinta seorang yang dapat mengorbankan nyawanya untuk syahid untuk dapat masuk ke dalam syurga, semuanya kerana cinta. Oleh kerana itu cinta ini, kenapa yang sangat berkuasa? yang pertama kerana cinta itu terletaknya di hati, hati ialah RAJA dalam kerajaan diri kita yang mana hati yang baik semua anggota dalam panca indera kita baik, baik hati baik kaki baik fikiran maka semuanya akan menjadi baik. Oleh itu, cinta ini terletak di hati sebab itu bila orang kata jatuh cinta ertinya jatuh hati, sebab itu kita berhati-hati menjaga hati kita supaya apabila cinta yang bertapak di hati itu. cinta yang baik cinta yang sempurna jadi insyaAllah hati kita mengarah kepada kebaikan tetapi hubaya-hubaya beringatlah apabila hati itu di penuhi dengan cinta yang buruk tersalah kita meletakkan cinta maka hati itu mengarah ke arah keburukan. sebab itu, kenapa cinta itu penting kerana cinta itu terletak di hati. 

            Satu kisah yang dinukilkan oleh imam ghazali dalam kitab ape saya lupa. maaf di pohon. Pada suatu ketika seorang badwi bertemu dengan Rasulullah SAW, lantas seorang badwi ini bertanya soalan yang agak 'power' yng jarang2 nak ditanya, dipersoalkan oleh sahabat2 Rasulullah SAW kepada Rasulullah SAW. soalan badwi ituu berbunyi " Ya Rasulullah bila berlakunya hari KIAMAT?" , lantas Rasulullah menjawab soalan badwi itu dengan soalan juga "apa yang engkau siapkan atau sediakan untuk menghadapinya?" inilah kebijaksana Rasulullah SAW. Kadang2 satu soalan dijawab dengan satu soalan yang lain iaitu untuk pergi kepada orang terrsebut. ertinya Rasulullah SAW bukan sahaja melihat soalan tetapi melihat pada penyoalnya. kemudian Badwi terus menjawab lagi " aku tidak sediakan dengan banyak solat, banyak berpuasa tetapi akau sediakan dengan hati yang sangat cinta ada engkau ya Rasulullah" , lantas Rasulullah memberitahu "seseorang itu akan bersama sama di akhirat dengan orang yang dicintainya bila didunia" jadi ertinya cinta ini penting kerana apabila kita betul2,benar2 meletakkan cinta maka kita akan berada di syurga kelak nanti insyaAllah tetapi jika kita slah letakkan cinta pada orang yang salah atau letakkan sesuatu yang membawa keburukan maka kita akan dapat keburukan na'uzubillah berada di neraka bila akhirat kelak, jadi cinta itu sesuatu yang amat penting.

            ok sudah menjadi sunnatullah Apabila kita mendapat sesuatu, pada yang sama kita akan kehilangan sesuatu. kita tidak boleh dapat perkara yang sama 2 perkara yang sama dalam satu masa. oleh kerana dalam hidup kita apabila mendapat sesuatu pada yang sama kita akan kehilangan sesuatu maka pastikan apa yang  kita dapat sentiasa lebih bernilai dan berharga dari apa yang kita hilang. Begitulah dengan cinta. apabila kita katakan kita korbankan cinta kita, kita mengorbankan sesuatu yang berharga untuk mendapat sesuatu yang lebih berharga . kita korbankan yang bernilai untuk mendapatkan yang lebih bernilai . Jadi apakah yang cinta yang sangat bernilai? apakah yang sangat tinggi? yang mana kita perlu korbankan segala2 untuk mendapat cinta yang agak tinggi. cinta yang sangat itu cinta kepada Allah SWT. bila perolahi cinta Allah SWT. itulah sumber cinta sempurna. Apabila dapat cinta pada Allah SWT. nk hati kita tenang, nak bahagia dalam bercinta hendaklah " cintai orang yanng mencintai kita " supaya cinta kita berbalas. jangan mencintai orang xmencintai kita nnti kita syok sendiri. jadi siapakah yang kopem menyintai kita tentu saja Allah SWT . maka apabila kita cintai Allah SWT pasti cinta kita berbalas. “selangkah kita menuju Allah SWT, Allah akan dtg pada kita dengan seribu langkah, kita datang kepada Allah secara berjalan Allah dtg kepada kita secara berlari”, ertinya bercinta dengan Allah bukan bertepuk sebelah tangan. 



No comments:

Post a Comment