Monday 19 December 2011

sembang santai : KORBAN CINTA part 2


         
Sambungan korban cinta….

Kita hendaklah mencintai akhirat. Kenapa kita kena mencintai akhirat? Kerana akhirat itu lebih baik dan lebih kekal. Kehidupan kita didunia ini akan berakhir dengan kematian tetapi kematian bukan pengakhiran. Kematian adalah satu permulaan kepada satu kehidupan yang x mati2 iaitu hidup yang infiniti di akhirat kelak. Bagaimana kita menorak kehidupan di sana? Letaknya di jauh mana kita cintai akhirat dan kita dapat mengorbankan cinta dunia kita untuk mendapat cinta akhirat. “ mencintai akhirat ataupun mementingkan akhirat tidak bereti kita meminggirkan dunia” kata2 dari Dr yusof al-Qhardawi, kerana apa, “ dunia itu adalah ladang kepada akhirat ” ini kata2 imam shafie. Ertinya apabila kita cinta pada akhirat kita akan bertungkus lumus, kita akan produktif, kita akan dinamik, kita akan sibuk di dunia ini. Kerana apa yang kita usahakan di sini akan kita tuai hasilnya di sana..
 
 Di dunia tempat kita menyemai di akhirat  kita menuai”, sebab itu orang yang cinta hari akhirat dia tidak meminggirkan dunia tetapi dia memanfaatkan secara optimum dunia ini, masanya, tenaganya dan usianya untuk akhirat. “dunia ini diciptakan untuk manusia, manusia diciptakan untuk akhirat”. Jadi kita akan guna sungguh2 dunia ini untuk mencapai cinta akhirat. Kenapa cinta Allah dan akhirat itu penting? Cinta Allah dan akhirat ini penting bukan sahaja untuk  manfaat kita hidup diakhirat tetapi cinta Allah dan cinta kepada akhirat ini penting ketika kita hidup didunia ini.

Keyakinan kepada kehidupan akhirat sangat penting ketika kita hidup  didunia ini supaya kita benar2 lihat apa patot kiat kena korbankan. Orang yang benar2 cinta hari akhirat – pertama dia akan ada kekuatan untuk melaksanakan kebaikan dan ada kekuatan untuk tinggalkan melakukan keburukan walaupon tidak kelihatan pada mata manusia kerana apa? Kenapa perlu ada hari akhirat? Walaupon ada dalam istilah berbeza ? orang hindu percaya kepada hukum karma, orang Buddha percaya ada kehidupan ke 2 selepas kehidupan pertama. Berbeza istilah tetapi ada sad of the end. Kenapa manusia percaya akan ada kehidupan diakhirat? Walaupon mereka tidak ada ketepatan dalam kepercayaan itu? Sebabnya mudah “ tidak ada keadilan yang mutlak di atas muka bumi ini”. Orang yang baik kadang2 tertindas. Orang yang jahat terus2an naik sampai kita bertanya bila dia nk kena, xkena2. Begitu juga kadang2 tiada explaintion terhadap apa yang terjadi didunia ini.  Kenapa seseorang bayi dalam perut ibu kena HIV +ve, apa salah apa dosa bayi tersebut sampai tiada explaintion. Sebab itu bicara kita tidak selesai disni  perlunya ada disana supaya ada keadilan mutlak yang ditegakkan.

 Kalau kita buat kebaikan kadang2 buat sesuatu tidak dapat penghargaan, pujian, kita  tidak dapat ganjaran. Begitu juga dengan penyamun pandai dengan liciknya mengaburi mata2 dan sebagainya dia boleh kelihatan baik tetapi apakah kita banyak melakukan kebaikan walaupun xdapat pujian dan penghargaan. Tidak kalau kita yakin pada hari akhirat walaupon manusia tak Nampak kita buat juga kebaikan itu kerana Allah pasti Nampak dan Allah SWT akan membalasnya dengan syurga dan waktu gelap macam mana pon mata tertutup macam mana pon , kita tidak melakukan maksiat , kejahatan kerana apa? Walaupon mata manusia boleh ditutup, CCTV boleh rosakkan dengan sebagainya tetapi pemerhatian malaikat yang diizinkan oleh Allah tidak dapat akan ditutup dan ditipu dan kita akan dapat pembalasan dari kejahatan di neraka na’uzubillah. Sebab itu keyakinan pada hidup akhirat sangat penting supaya kita dapat laksanakan kebaikan dengan sebenarnya didunia dan meninggalkan kejahatan didunia walaupon kita xdapat ganjaran dan hukuman dri manusia.. 



No comments:

Post a Comment