Tuesday, 9 October 2012

Kembara Kehidupan...


Seawal kita lahir , kita lahir tanpa mengetahui ape itu kehidupan dalam erti kata sebenar.  Di awal usia , kita dididik dengan pelbagai ilmu termasuklah ilmu agama. Pada umur 0-5 tahun kita diajar bercakap walaupun kita bercakap hanya segelintir je yang akan faham, tetapi kita tidak kisah malah ia menjadi bahan untuk orang sekiling kita ketawa.  Di wajah mereka terpancar kebahagiaan. Semeningkatnye umur kita, kita sudah semakin tahu ape itu kehidupan….

Di alam persekolahan, kita didedahkan dengan pelbagai ilmu, ilmu matematik, ilmu sains dan sebagainye. Di alam tersebut kita belajar untuk mengenal dunia yang lebih meluas tetapi  Itu  semua hanya dari alam sesawang bukan realiti. Bagaimana kehidupan sebagai manusia yang sebenar.  Kehidupan yang sebenar bukan seperti yang kita lihat di laman sesawang yang hanya sekadar pendapat dan pemikiran manusia.
Melangkahnye kita ke alam universiti ini yang banyak lagi ilmu yang kita boleh kutip dan kumpul. Di sini kita belajar erti kehidupan. Kehidupan yang mana kita boleh belajar tentang ragam manusia. Kita belajar dari penglihatan kita. Dari penglihatan kita dapat berfikir tentang erti kehidupan. Kehidupan bagaimana yang kita mahu untuk membahagiakan “mereka” yang pernah kita bahagiakan dengan telatah kita seketika dahulu.  Tersilapnya langkah maka hancurlah harapan untuk “kehidupan”..  kehidupan ini perlu juga ditemani dengan orang mahu faham erti kehidupan. Di universiti juga lah kita kenal siapa diri kita sebenarnye.
Selagi kita pandang  kehidupan dengan pandangan yang bersahaja maka kehidupan kita akan berlalu dengan sia-sia.  Maka pandanglah ia dengan pandangan yang bersungguh-sungguh maka kehidupan ini akan bercahaya.

"manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan" 

Saturday, 6 October 2012

Berhijrah


Hidup ini masih panjang untuk aku teruskan perjalanan. Semua orang akan lalui perjalanan ini dengan pelbagai cara dan bentuk. Malah berbeza juga dengan aku, aku laluinya dengan cara dan bentuk aku tersendiri. Hidup ini pasti ade perubahannya. Orang bijak pandai pernah berkata yang hidup ini seperti roda, kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah jadi kehidupan ini penuh dengan perubahan dan juga ujian.

Setiap orang mempunyai permikiran yang berbeza, sterotaip yang tersendiri dan pendapat yang berlainan. Maka tidak heran lah jika  bile seseorang itu berubah dari perangai xelok ke perangai  yang lebih baik, pemakaian yang mejolok mata selama ini ke pemakaian yang lebih sedap mata memandang. Bukankah itu yang kita nak tetapi orang sekarang ada macam jenis. Ade yang boleh terima dengan perubahan kita, ade yang nak xnak terima dan yang lebih teruk lagi yang xmampu untu terima perubahan kita walaupun perubahan itu tidak menganggu sama sekali kehidupan mereka.


Jika ade seorang kawan kita yang berubah kearah yang lebih baik kita patut bersyukur dengan perubahan itu dan berfikir bila waktu aku untuk berhijrah  seperti  kawan kita yang telah mendapat HIDAYAH, ini tidak malah membuat sterotaip yang mengatakan kawan kita berubah kerana “seseorang” sedangkan kawan kita berubah kerana dia sedar yang dunia ini sudah akhir zaman. Kita tidak patut membuat andaian sendiri, kerana andaian itu boleh bertukar menjadi dosa. Boleh jadi dosa mengata dan tuduhan yang tidak berasas. Kita perlu tahu yang kita ini adalah saham untuk ibu bapa di akahirat sana. Jika kita tidak berfikir untuk berhijrah kearah yang lebih baik itu sesuatu yang merugikan kerana ia juga saham untuk kita hadapi kehidupan di alam sana. 

“Cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita”  - imam al-ghazali

“ Jika tuduhanmu salah, semoga Allah mengampuni kamu. Tetapi jika tuduhanmu benar, semoga Allah mengampuniku”