Saturday 6 October 2012

Berhijrah


Hidup ini masih panjang untuk aku teruskan perjalanan. Semua orang akan lalui perjalanan ini dengan pelbagai cara dan bentuk. Malah berbeza juga dengan aku, aku laluinya dengan cara dan bentuk aku tersendiri. Hidup ini pasti ade perubahannya. Orang bijak pandai pernah berkata yang hidup ini seperti roda, kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah jadi kehidupan ini penuh dengan perubahan dan juga ujian.

Setiap orang mempunyai permikiran yang berbeza, sterotaip yang tersendiri dan pendapat yang berlainan. Maka tidak heran lah jika  bile seseorang itu berubah dari perangai xelok ke perangai  yang lebih baik, pemakaian yang mejolok mata selama ini ke pemakaian yang lebih sedap mata memandang. Bukankah itu yang kita nak tetapi orang sekarang ada macam jenis. Ade yang boleh terima dengan perubahan kita, ade yang nak xnak terima dan yang lebih teruk lagi yang xmampu untu terima perubahan kita walaupun perubahan itu tidak menganggu sama sekali kehidupan mereka.


Jika ade seorang kawan kita yang berubah kearah yang lebih baik kita patut bersyukur dengan perubahan itu dan berfikir bila waktu aku untuk berhijrah  seperti  kawan kita yang telah mendapat HIDAYAH, ini tidak malah membuat sterotaip yang mengatakan kawan kita berubah kerana “seseorang” sedangkan kawan kita berubah kerana dia sedar yang dunia ini sudah akhir zaman. Kita tidak patut membuat andaian sendiri, kerana andaian itu boleh bertukar menjadi dosa. Boleh jadi dosa mengata dan tuduhan yang tidak berasas. Kita perlu tahu yang kita ini adalah saham untuk ibu bapa di akahirat sana. Jika kita tidak berfikir untuk berhijrah kearah yang lebih baik itu sesuatu yang merugikan kerana ia juga saham untuk kita hadapi kehidupan di alam sana. 

“Cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita”  - imam al-ghazali

“ Jika tuduhanmu salah, semoga Allah mengampuni kamu. Tetapi jika tuduhanmu benar, semoga Allah mengampuniku”

No comments:

Post a Comment