Monday 9 May 2011

Sedetik di KMP!

Tanggal 10 mei 2010, mesti kawan2 ingat ag ek ?(mesti lah ingat). Tarikh bersejarah buat sume palajar2 matrik. Di mana bermulanye perjuangan di alam menuju kejayaan selepas berhempas pulah menduduki SPM. 10 mei?? kenapa penulis mengatakan tarikh bersejarah? kerana 10 mei hari pendaftaran bagi pelajar2 baru yang akan masuk ke Matrik. Maka bermulalah kisah baru bagi semua pelajar2. Selama ini, yang mane tak pernah berjauhan dengan ibu bapa, keluarga, kawan2 dan terutamanye yang hangat bercinta terpaksa tinggalkan kekasih hati.. Mesti sedihkan?hehe..mestilah!! tapi apekan daya  kerana ini semua pilihan korang so korang kena lah hadapinye dengan sabar dan tabah..(termasuk lah aku).. Saat ini tibe lah masenye untuk kita semua belajar berdikari, membuat keputusan sendiri dan semuanye berada ditangan kite.. Segala rintangan dalam perjalanan hanyelah tembok bukanlah jalan buntu. Kemenangan sejati bukan bererti berjaya tanpa menemui kegagalan. Kemenangan sejati apabila kembali bangkit setiap kali gagal. Segala kegagalan mengandungi benih Kemenangan. Selain itu dengan kegagalan lah membuat kite matang. Hari ini 10 mei 2011, genaplah setahun aku mengenali pensyarah2, terima kasih cg2 yang bermurah hati telah berkongsi ilmu dengan kami. Kawan2 time kasih juga kerana  mengajar aku erti hidup sebenar, tidak lupa juga pade pekerja2 kafe yang memberi aku makan apabila aku kelaparan.hehehe..Saat ini AURORA lah menjadi temanku tika aku bersedih, berduka kerana merindui kenangan2 yang kite bina bersama di bumi KMP..

SAHABAT

ingin aku singkap kembali 
kenangan lama agar bersemi
inginku ulangi kisah manis
agar terus bersemadi
ingatlah aku sebagai rakanmu
kenanglah aku dalam doamu
begitu indahnye kisah dahulu
engkau sebagai temanku
apabila engkau terjaga
satukan lah harapanku denganmu
kerana ianya bakal berpadu
mimpi si penunggu yang setia
layarkanlah impian doamu
sesungguhnye aku masih mengingatimu 
sebagai kawan rakan dan teman
semoga kita diberkati Allah


ku doakan ya Allah kepadamu ya Allah 
agar bahagia di dunia dan akhirat.......




KOLEJ MATRIKULASI PERLIS 
KEIMANAN MENJANA PERUBAHAN 













No comments:

Post a Comment