Monday 25 April 2011

Renungan Bersama!

sebaik manapun kita di pandangan orang lain tidak menjamin kita baik dipandangan Allah.
jangan didik diri kita dengan sifat "aku lagi bagus dri org lain"
jangan didik diri kita dengan sifat yg menyebabkan Allah murka kepada iblis.

jika ada antara sahabat kita yg mungkin slow dlm pelajaran, bantulah dia.
kita mungkin dikurniakan kelebihan akal yg senang faham akan sesuatu subjek.
jika sahabat kita td bertanya janganlah meninggikan suara dan menunjukkan mimik muka yg akan menyebabkan sahabat kita td terasa hati.
sahabat kita tahu kita memang tidak ikhlas membantunya.
tapi kerana ingin pandai seperti kita,
dia tetap sabar melayan, sanggup menadah telinga dan menahan pandangan mata kita yg sememangnya tidak ikhlas untuk menolongnya,
Allah berikan kejayaan kepada sahabat kita td.
kita pula yg sangat kaya dgn PHD (perasaan hasad dengki) mula cemburu akan kejayaannya.
persahabatan mula hambar dan perkataan yg sangat mengguris hati mula keluar dari mulut kita.

pernah tak kita berfikir dan renungkan kenapa Allah berikan kita sahabat yg seperti td?
tanpa kita sedar,
sebenarnya Allah ingin menguji kita.
bagaimana layanan kita terhadap hamba-Nya yg lagi lemah dari kita.
sikap dan layanan kita adalah cerminan kepada rasa syukur kita kepada Allah.
pernah tak terlintas di hati saat kita mendapat kejayaan
"aku nak buat sujud syukur. Alhamdulillah, Allah dengar doa2 ku"
yg biasa kita nampak,
bibir ucap Alhamdulillah..
rasa syukur ni ramai je boleh buat2 kt mulut tapi sebenarnya tak sampai dalam hati.
dalam hati siapa yg nampak? hanya Allah..
apa2 pun, didik diri kita dengan sifat ikhlas meskipun payah..

ana menulis berdasarkan apa yg ana lihat dan alami sendiri.
jika ada yg ingin ditambah,
dipersilakan..
ana juga masih banyak yg perlu dipelajari lagi.. ^_^

No comments:

Post a Comment