Monday, 8 August 2011

Erti Takwa



            " Kenapa  Ramadan ini, hadiahnye adalahh takwa?" Ustaz Latih bertanye.

            Ustaz Latif merupakan penceramah khas yang di jemput oleh pihak Masjid Ar Rahman. 

            Semua jemaah  yang menghadiri ceramah tersebut diam sahaje. Jemaah yang hadir semuanye dari kalangan anak2 muda. Tiada yang bersuara. Mungkin segan untuk menjawab, dan mungkin juga takut tersalah jawab.

            " Kerana takwa adalah kunci ketaatan kepada Allah SWT. " Ustaz Latif menjawab ringkas.

            Kemudian Ustaz Latif bercerita berkenaan Umar al-khattab dan Ka'ab bin Malik. Suatu hari , Umar al-khattab bertanya kepada Ka'ab bin Malik berkenaan erti takwa. Ka;ab bin Malik menjawab:

           " Apakah kau pernah berjalan si satu tempat penuh duri, wahai Umar?"

           Sayidina Umar menjawab, pernah. Ka'ab bin Malik bertanya lagi, " Apakah yang kau lakukan ?"

          " Aku singsing kainku agar tidak tertarik  pada duri, kemudian aku berjalan berhati-hati agar tidak terpijak dengan mana-mana duri itu. "

           " Kemudian Umar, bahawa itulah sebenarnye takwa."

           Ustaz latif Kemudiannye menerangkan bahawa ceramah itu merujuk kepada keadaan takwa. Takwa adalah rasa berhati-hati dan takut untuk ingkar pada apa sahaja larangan Allah SWT. Duri- duri itu ibarat laranagn Allah. Takwa ibarat perbuatan berati-hati dan menyingsing kain kerana takut terpijak dan tercarik duri. 

           "Sebab itu, Ramadan ibarat bulan untuk kita mengisi semula ketakwaan kita. Hanya dengan takwa, barulah kita boleh menjalani kehidupan dengan baik. Menjalankan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang." 

            "oh ....  ." Beberapa orang bersuara.

            " Sebab itu, kalau kita sedar, Allah SWT banyak mengeluarkan seruan kepada orang-orang yang bertakwa. Antaranye adalah :

            "wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar ketakwaan. "(Ali Imran : 102)

            "wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Rabb kamu, sesungguhnye hari zalzalah itu adalah perkara yang besar. " (Al- Hajj:1)

              "Seruan- seruan ini hanya boleh disahut oleh mereka yang mempunyai ketakwaan yang sebenar dalam hati. Sebab itu, hanya yang bertakwa sahaja yang mampu membumikan islam dalam segenap aspek kehidupan meraka. Apabila kita punya takwa, tidak ada apa atau sesiapa lagi yang boleh menakut-nakutkan kita selain Allah SWT. Takwa adalah ketakutan, ketundukan dan ketaatan total kepada Nya." 

              Jom la kite pakat2 ambil peluang ini. 

2 comments: