Saturday 30 July 2011

Ramadan dan Takwa

Assalamualaikum, alhamdulillah ade kesempatan juga buat saya meng'update' laman sesawang ini,  sudah sekian lame tidak buat coretan tok para pen'ziarah' yang selalu menjenguk teratak blog saya ini.. mungkin sudah berabuk ruang ini.. saat ini baru berpeluang membuat entri baru.. saya buat entri ini kerana saya ingin berkongsi  ilmu yang saya dapat ketika membaca novel SENERGI karya Hilal Asyraf , novel itu saya dapat daripada SAHABAT saya , Nur Syafiqah .'uhibbuki fillah wahai sahabatku'. 




Apakah insan itu tiada fikiran?
Mustahil Tuhan berbuat kesia-siaan 
Satu bulan hanya untuk takwa
Tidakkah mereka melihat itu petanda kepada kepentingan?




Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..


....................... tekaan irfan tidak silap. Dr. mahmud malkawi berbicara berkenaan Ramadan serta kaitannye dengan takwa. Dr. mahmud malkawi berkata:

            "Ramadan ibarat tempat rehat di tengh2 perjalanan yang panjang. Kehidupan ini satu perjalanan dan ramadan adalah tempat rehatnya. Di dalam ramadan, kita disediakan pelbagai peluang untuk mengambil bekalan rohani. Lebih penting, bagi sesiapa yang berusaha memenuhkan rohaninya denggan bersungguh, maka dia akan mendapat bekalan terhebat semasa hendak berangkat meneruskan perjalanan."
             
            Dr. mahmud malkawi menerangkan bahawa, bekalan terhebat itu adalah takwa.

            Kewujudan ramadan yang sebulan lamanye, adalah pengisytiharan kepada kepentigan takwa. Allah mengarahkan hamba2 Nya agar melalui ramdan dengan baik untuk mengapai ketakwaan ini. Ibadah ramadan bukan hanya seminggu, tetapi sebulan. Ibadah terpanjang dalam islam.

             Dr. mahmud malkawi melontarkan persoalan.

             "Kenapa takwa ini diangkat sedemikian penting?Sehingga Allah swt menyediakan satu bulan khas untuk mengapainye?"

             Seluruh kelas diam, tertanya2 sama ada itu soalan, atau hanya persoalan yang ditimbulkan unntuk menerskan syarahannye.Tiada siapa mengangkat tangan.  

             "yallah, ajib" dr mnyeru meminta sesiapa menjawab.

               irfan mengangkat tangan .

              "ya irfan, yallah. Allah yubarik fik." dr berjalan mendekati tempat duduk irfan.

              "Takwa diangkat sedemikian penting, kerana dengan kewujudan takwalah yang membantu kelangsungan ketaatan hamba kepada Allah swt, dengan kewujudan takwa barulah manusia boleh hidup mejunjung perintah dan meninggalkan larangan Nya"

              Wajah dr berubah ceria.."masya Allah ahsanta ahsanta. mumtaz ya irfan".

              Semua pelajar di dalam kelas memandang irfan. ciku sudah menyiku irfan, memuji. nik tersenyum kagum. jawapan itu  bukannye muncul dari fakta yang dibaca dari buku, tetapi jawapan itu adalah hasil daripaada pembuktiaan kefahman kepada amal. 

              " Sebagaimana jawapan irfan tadi, begitulah pentingnye takwa sehinggakan Allah menyediakan waktu sebulan , khusus untuk kita mencapainya. Saya ingin kta semua bermuhasabah. kenapa Allah SWT  berfirman:
 "Dan berbekallah kamu, sesungguhnye sebaik-baik bekal adalah takwa" (Al-baqarah :97)

            "perhatikanlah erkataan bekal. bekal untuk ape? untuk perjalanan hidup kita. hanya dengan takwa, kita mampu merentasi kehidupan dengan baik, dalam ketaatan kita kepada Allah SWT".....................


Ini sedikit cerita yang dipetik dari novel itu!



Semoga dengan ini kite same2 bermuhasabah diri tentang betapa pentingnye takwa kepada ALLAH SWT. 
wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment