Friday 14 October 2011

Kita Lupa....

SEMALAM, KITA HIDUP. Hari ini, kita diizinkan bangun dan masih lagi hidup. Dosa-dosa semalam belum kita usaha untuk diampunkan, hari ini kita tambah lagi. Luka semalam belum kita ubati, hari ini kita berjurus-jurus menambah luka-luka di dalam hati.


       Kita rasa senang dengan kehidupan penuh ketidakkisahan ini. Kita rasa  terbuai dengan kealpaan ini. Tidak mengapalah berbuat banyak-banyak dosa kerana esok masih ada. Esok boleh bertaubat. Bukankah ALLAH itu Maha Pengampun??


       KITA LUPA bahawa, ada satu hari, ALLAH akan melepaskan kemarahan-NYA tanpa tertahan-tahan.



No comments:

Post a Comment